Salam semua sahabat!
Dalam suasana 2 ke 3 minggu lepas kita semua di kecohkan siapa yang layak jadi PM kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah pada 16 Sep 2008 nanti. Heboh semua pakat nak keluar keyataan terutama dari pimpinan PAS.. Aduh terasa malu aku pada diri sendiri, sebab aku ahli PAS..kita kerusi kat Parlimen hanya ada 22 kerusi, termasuk Ibrahim Ali yang belum tentu arah tujunya. Mungkin yang dok berkata tu dok nampak teori apa yang berlaku kat negeri aku Perak Darul Ridzuan. Bukan aku tak mau Dato Seri Presiden jadi PM, aku pun nak, tapi dari segi realitinya belum masanya lagi, banyak lagi TGHH perlu tahu tatacara nak jadi PM, itulah kenyataan, bagi pendapat aku siapa nak jadi PM pun tak apa, Lim Guan Eng pun boleh sebab dia juga ada kreadibilty sebagai pemimpin, dan apa yang aku dok nampak kalau orang Cina jadi pemimpin negara kita lagi cepat maju, kalau kita nak sangat kepada kemajuan, inilah realitinya, kita boleh lihat apa yang terjadi kalau sesuatu tempat tu kurang kaum Cina, aku ambil contoh Kampong Gajah kawasan Pasir Salak, pembangunannya ada, bukan tak ada tapi lain, rasa sunyi dan sesuai untuk kita nak hidup dengan ketenangan, sebabnya tiada pun aku nampak penduduk Cina di situ, terutama di kawasan pekannya.
Apa pun siapa jadi PM aku tak kisah, yang penting bagi aku BN@UMNO mesti dijatuhkan dahulu, itu tujuan utama, siapa pun tak apa untuk seketika, lepas tu yang pertama sekali kalau Pakatan Rakyat memerintah aku syorkar untuk tidak memeningkan(merisau) kaun bukan Islam kita boleh ambil pendekatan lain, iaitu kerajaan Malaysia yang sedia ada memang ada satu badan yang menentukan halal haram iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang dinaungi oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Dari sini kita boleh mantapkan atau meningkat kuasa yang ada pada Majlis Fatwa tersebut untuk menentukan sesuatu peraturan atau undang-undang yang bersangkutan dengan Islam biar Majlis Fatwa yang menentukan sebelum ditandatangan oleh SPYDA. Aku fikir tentu tak ada masaalah kalau kita buat macam tu, sebab contoh yang boleh kita ambil ialah bank-bank saudagar kat Malaysia ni seperti Public, Maybank yang menjalankan Sistem Mudharabah, syarikat mereka mengambil Panel dari ahli-ahli ugama untuk menjadi panel penasihat mereka, begitu juga KFC pun ada panel penasihat, mungkin pendekatan begini kaum bukan Islam boleh menerima sedikit demi sedikit dan insyaallah hukum islam akan tertegak di bumi Malaysia.
Lagi satu contoh yang jelas aku nak bagi cuba kita lihat sekarang negara Iran, siapa yang menjadi Presiden, Ahmedinejad (Seorang tokoh yang paling aku kagumi buat masa ni) apa yang aku tahu beliau seorang Engineer, bukan Ayatullah yang sebelum ini memegang tampok pemerintahan Iran, apa yang aku nampak ia lagi baik dari sebelum ini, berani mencabar kuasa besar Amerika termasuk dengan Israel, sedangkan dibelakangnya ramai Ayatullah yang membantunya.
Ini kes yang kedua! Ada pulak mengatakan kalau ahli Parlimen yang ada dalam Pakatan Rakyat kalau ramai bukan Islam nanti susah untuk melaksanakan, Aduhhh, janganlah macam tu,,, kalau ada yang melayu UMNO tu pun tak mau terima Islam apa yang boleh kita buat, yang penting buat pimpinan PAS yang jadi Ahli Parlimen kena tunjuk contok sebagai Muslim Sejati, kalau tak dapat macam Tuan Guru Nik Aziz pun dapat ikut macam stail Dato Seri IR Nizar pun jadi laa, kita dah ada contoh-contoh terbaik yang boleh diikuti, Insyaallah, dari segi pengalaman saya bangsa Cina ni kalau berpendidikan selalunya cukup menghormati kalau kita mengamalkan Islam, itu apa yang saya alami sehingga sekarang ni.. Lagi satu adakah kita dah terangkan secara jelas konsep Islam kepada semua orang bukan Islam? Adakah Islam itu hanya untuk orang yang dilahirkan dari ibubapanya Islam sahaja?
Apa pun apabila selesai sahaja muktamar PAS ke 54 pada 17/08/08 suara-suara sebegitu dah habis dah, mungkin ini semuanya modal untok ke Muktamar kut?... Sekarang yang ada ialah sibuk dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, he, he, di sini baru aku nampak pimpinan UMNO pun ramai pulak yang nak bercakap pasai sumpah si Saifol, dan semuanya depa kata relevan, depa kata buka aku kata, daripada Presiden Umno, Timbalan danNaib Presiden semua pakat bercakap pasi sumpah,,,he he he , yang aku kesian ialah pada Ezam, ke mana membawa diri dengan sumpah keramatnya.....
Eiii baru nak lega sikit, bila kawan-kawan Mat Comot, Mat Saman Kati dan geng-gengnya tengah dok korek rahsia Imam Ramlang, dan dah dapat pun isu-isu panas Imam Ramlang, tau-tau Mat Comot SMS kat aku bagi tau sorang Exco Perak ditahan BPR dan ada dimahkamah. Aduihhhh, apa nii, buka balik Perak Ekpress, laju bang perak Ekpress ni, dia ni nak pi Putra Jaya, tak singgah mana-mana.. tengok tajuk atas 2 orang pulak! Aitt ada tambah nampak!! Tulis komen sikit, Mat Saman balas balik 5 orang semuanya, 2 Exco 3 ahli Majlis... Aduhai bang, katakan lah Tidakkkkkkkkk.
Tuesday, August 19, 2008
Tuesday, July 29, 2008
Pengenalan...
Assalammuaalaikum,,
He he aku baru nak belajar menulis blog juga, mana aci kawan-kawan semua pakai blog, aku pun nak guna juga, bukan apa aku respek kat Mat saman Kati, dia banyak pengetahuan, banyak sumber yang dia dapat....
He he nanti bolehaku nak tunjuk kat sahabat baik aku yang sorang tu,, dia pun dok nak buat blog sendiri untuk luahkan perasaan... sampai disini dulu... percubaan
He he aku baru nak belajar menulis blog juga, mana aci kawan-kawan semua pakai blog, aku pun nak guna juga, bukan apa aku respek kat Mat saman Kati, dia banyak pengetahuan, banyak sumber yang dia dapat....
He he nanti bolehaku nak tunjuk kat sahabat baik aku yang sorang tu,, dia pun dok nak buat blog sendiri untuk luahkan perasaan... sampai disini dulu... percubaan
Subscribe to:
Posts (Atom)
